mentaliti rawak

26 September, 2011

antara lelaki, bolasepak, liverpool dan you'll never walk alone

dari kiri ; andy ameng, luis jepp, raul haikal dan ryan  amma

Girls always ask this question "WHY DO BOYS LIKE FOOTBALL ?"
  1.  Our love and passion might fade for someone... But our passion and love for our team will never fade
  2. Some guys might not cry for a girl.. but if our team losses in a final, trust me we will cry because it hurts more than a heartbreak
  3. We might get tired of texting our girlfriend at 11 p.m but trust me, we will never get tired of watching our team play even if the match starts at 2 a.m
  4. Our team somewhere somehow teaches us to believe and teaches us the passion to never give up
  5. Football will never cheat on us (:

25 September, 2011

take it or leave it

"berperangailah bangang mana sekalipun, jangan kau abaikan tanggungjawab, terutama sekali dgn tuhan"

definisi tanggungjawab :-
secara umum : siap menerima kewajipan atau tugas
dari pandangan islam : perbuatan-perbuatan yang difardukan kepada seseorang serta wajib mengerjakannya seperti ibadah dan ia adalah kewajipan-kewajipan syarak

dah memang hukum tuhan, manusia memang takboleh lari daripada menerima tanggugjawab. di sini, aku nak terjemahkan perkataan tanggungjawab itu sebagai ujian.
kau tahu, "Allah takkan berikan ujian kepada hambanya melainkan Dia tau bahawa hambanya itu mampu mengatasinya"

kalau sebut pasal tanggungjawab sesama manusia ni lah kan, kau pun boleh fikir sendiri. kau dapat tanggungjawab, kau buat, settle. tapi bila sebut pasal tanggungjawab dengan tuhan ni haa yang ramai orang goyah.

tak semua manusia yang 'bertanggungjawab' melaksanakan tanggungjawabnya kepada Tuhan. contoh yang paling mudah, sembahyang.
ramai orang mampu laksanakan berlambak-lambak 'tanggungjawab' dalam sehari seperti belajar, makan, tidur, bermain, berkawan, tolong orang, dll, tetapi ramai juga yang goyang bila sebut pasal 5 waktu sehari.
berdasarkan pengalaman aku berkawan, ramai je member yang lompong 5 waktu ni, bukan salah satu atau dua je dia tinggal dari 5, malah ramai je yang mengaku islam tapi langsung tak buat benda 5 waktu ni. lagi-lagi kat KUIS ni haaa, Selangor International Islamic University College

the point is : "solat la weh, bukannya payah pun, jemaah ke tak tu lain cerita lah."

aku akui, perangai aku adakalanya memang bangang. tapi kedua-dua tanggungjawab masih sedaya upaya cuba untuk melaksanakannya walau orang pandang serong kat aku(kalau kau rasa macamtu lah), lepak dengan budak-budak yang dikategorikan sebagai bermasaalah, perangai macam setan ke apa semua jadah tu. bukan bermakna kebersamaan aku bersama mereka mencerminkan diri aku. tapi ingatlah bahawa manusia berubah, dan aku sedang berusaha ke arah itu dan mempengaruhi mereka yang di sekeliling.

berbalik kepada perenggan pertama, sembahyang ini aku katakan sebagai ujian, dan Allah takkan pertanggungjawabkan sembahyang keatas kau kalau dia tau yang kau tak mampu buat.

kau bersedekahlah, beriadahlah dan berbuatlah baiklah, ketahuilah segala jadah semua tu sunat semata-mata.
kalau yang wajib pun tak terlaksana, yang sunat kau ingat Tuhan terima?

إن بين الرجل وبين الشرك والكفر ترك الصلاة
"perbezaan hamba Allah yang islam dan hamba Allah yang engkar dan kafir adalah meninggalkan solat"
-hadith  riwayat muslim

worldless sunday


*click on the image to enlarge

24 September, 2011

reborn II

kali ini serius, betul-betul serius. abaikan entri sebelum ini.
setelah selesai mengemaskini layout blog,aku bertekad untuk hidupkan balik blogspot ni. sebelum ini masa & ruang tidak mengizinkan akibat kehadiran sijil penilaian mengarut (spm).

nantikan