mentaliti rawak

18 April, 2011

#nowplaying

NARATU - DI HUJUNG CEREKA


Seperti ini cerita alam nyata
Ini kisah tentang alam-alam kita

Bangkitnya semua semula
Pabila matahari pun tiada
Muncullah manusia
Pelbagai bentuk dan rupa

Ada yang hidup menderita
Wajah berseri dan bercahaya
Akan dihisab mereka
Di padang yang luas seluasnya

Bagaimanalah nasib aku?
Apa yang haram semua kusapu
Semua terjawab pabila
Amalan akan bersatu

korus:
itu bukan mimpi indah
ingat-ingat manusia
cerita di hujung cereka
akan musnah sekelip masa

maka datanglah suara
jeritan yang memekakkan telinga
berguguran bintang di angkasa
hingga bumi hancur musnah
bangkit semua jiwa manusia
terbongkarlah segala rahsia

#BieberFever

Justin Bieber myworld asia tour, sempena kedatangan bibir ke Malaysia


di metropolitan,kepong pagi ahad, terik
petang ahad, lebat
berpindah lain tempat nampak port baik, main kejap,

pedal crack,gtg

dahla dah dekat sebulan tak sentuh,buzy semacam
sekali sentuh macamni lah jadi, segala tak kena


15 April, 2011

perbetulkan


Mari memperbetulkan bukan melukakan,
membantu bukan menyakiti,
membina bukan menjatuhkan,
menyatukan bukan memecahkan,
mengasihi bukan membenci,
bergerak menolong bukan diam membangkang,
jujur dan ikhlas bukan hawa dan nafsu.
Allahuakbar Allahummaghfirlana Allahummahdiina. amin

selamat maju jaya berpilihan raya Sarawak

13 April, 2011

tolonglah takguna,
badan macam aku ni bukan bermakna aku bersalah
berita arus perdana sah sah dah menipu
cukup cukup la tipu rakyat
pasal politik seks la apa gila
asyik nak hentam sebelah bahu
mari mari pas ganti umno

kah kah kah repek tak habis habis habis

12 April, 2011

kelantan trip

ger ger merantau ke kelantan pagi jumaat lalu,
mengimbau pengalaman kala di Maahad Al-Manaar,
banyak jadahnya perkara berubah,

Teksi dah kaler baruu,maju. Bandar Kota Bharu dah one way,maju. Stesen Bas dah beso gdabok blakang Tesco,maju. jalan masuk Kok Lanas sedang diturap,maju. Kedai Makan Pok Heng dah lingkup,maju.Bukit Akar dah ada warong Roti canai,maju. Kolej Al-Bayan dah siap, lawaa, maju.
banyak dah benda majuuu klate neh
siapa kata klate negeri miskin? meh meh sokong pas
kah kah kah okeeey,


dan yaaang paling utama rumah Ust Yaakob depan sekolah tepi padang dah siap, besoo, comeyyy weeyy,tunggu masa nak kena rembat,maju.
Al-Manar masih cenggitu dari dulu, padang berbonggol, jamban pecah derai, hujan tahi lembu, dan sebagainya

tapi yang penting kualiti pelajar tu masih adaaa,hamdallaaahh

permandangan di Maahad Al-Manar
*credit to ecad photography
maghrib di maahad
permandangan di hutan almanar
pagar maahad
bunga di kubur
permandangan dari bukit akar, almanar
kakiku dan kelas
then Bas Darul Naim durjana yang dikejar ahad malam untuk pulang ke kotarayaku berciciran
menyenggukk di masjid Melor semalaman,
dah memang takdir tuhan,
dah nasib badan bazirkan rm40 duit tiket terbako begitu lah kan,
=____________________=

07 April, 2011

- Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan orang lain."

lets say your dad were in an accident. a careless truck driver hit him.he died on the spot. instead of calling for helps, the truck driver ran. will you forgive the truck driver? i know i wont. true story. to this day i'm still head-hunting the truck driver.
-someone on facebook

Ya Allah, 
apa yang mampu kau banyangkan?
letakkan diri dalam situasi, kesalkan







sedangkan Nabi S.A.W mengampunkan umatnya
inikan kita manusia yang hina
berdaya atau tidak, kita mampu mengubahnya

FAIL !


siapa mahu kegagalan?
aku pun tak teringin
tapi lumrah kehidupan
siapa mahu lawan tuhan?

aku tengah gagal lah ni
tunggu masa nak bangkit sendiri
mengelamun merepek sendiri

cuba mengakui
tunggu sedar sendiri
bangkit sendiri
supaya tak mati sendiri
bahawa ianya keperluan segala

kalau kau tak gagal macamana kau nak gagal lagi
dan lagi
dan lagi
dan berjaya
di penghujung cereka





spm, kau memang durjana


kalau satu Malaysia ni je start boikot barangan AS tak ke merana sengsarra dah ekonomi AS ?
rumah aku dah lama dah takda Milo. tapi McD still sentap.
takpe, kita mulaa slow slowww